Thursday, November 20, 2014

RESEPI PANCAKE MUDAH

Assalamualaikum wbt...


Sejak2 Ryyan duduk rumah mak ni,asik suruh aku buat lempeng cicah dengan kari.bukan tak nak buatkan..aku dah sememangnya kurang dengan kari ni sejak kecik lg..so.. satu hari tu aku cuba laaaa buat pancake.. bagi la si Ryyan rasa kan.. Alhamdulillah..berhasil usaha aku hahaha..

so oleh kerana keberkesanan hasil air tangan aku tu,meh la aku nak share dengan korang resepi tu.selalunya orang bagi resepi guna sukat2 ml ..susah bagi orang seperti aku nak menimbangnya..so.. moh kite test yok..


BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT PANCAKE: 
resepi untuk 8 keping

-1 cawan tepung gandum
-2 cawan susu full cream (cawan yang sama dengan sukatan tepung tadi)
-2 biji telur
-1/2 sudu tea asen vanila
-secubit garam
-1 sudu butter yang dah dicairkan
-1/2 sudu gula
-madu
-soda bikabonat 1/2 sudu tea

CARA MEMBUAT PANCAKE

1) pukul sedikit telur,masukkan esen vanilla dan gula juga secuit garam dan soda bikabonat

2)kemudian,masukkan tepung yang dah diayak bersama susu full cream

3)masukan butter yang sudah dicairkan tadi..gaul sebati

4)kemudian masukkan dua senduk kecik adunan tadi ke dalam kuali panas leper .

5)pastikan sehingga pancake tersebut betul2 masak dan kering sebelum terbalikkan.bahagian belakang,tak perlu masak terlalu lama.

6)hidangkan pancake dengan sedikit butter dan tuangkan sedikit madu.

AWAS! JANGAN LETAK MADU BERLEBIHAN.1 SUDU TEA UNTUK 1 PANCAKE SUDAH MENCUKUPI 😄
sesuai dihidang untuk breakfast si manja anda sebelum kesekolah.

memang lepas makan pancake ni,seminggu berturut2 aku kene buat pancake atas permintaan ryyan dan kakak dan mak dan adik aku.dah semua nak rasa -_-". 

ok selamat mencuba 😘


No comments:

iklan

like here

paid

PaidVerts

Nak duit tak?? Click laaaa